Galeri
Reka Melayu

“ Terokai Warisan Melayu melalui teknologi
dan inovasi dari masyarakat Melayu."

Info Galeri

Galeri Reka Melayu dibangunkan atas rasional untuk memberikan kesedaran dan pendedahan tentang kehebatan warisan Melayu dan bahasa Melayu yang kian dipandang sepi. Selain itu, Galeri Reka Melayu juga akan menjadi sebuah tempat di mana para pelajar boleh menyerlahkan kreativiti mereka dalam berkarya selain mengungkap ilmu dalam acuan sendiri. Melalui pembangunan Galeri Reka Melayu, ia sedikit sebanyak dapat mendedahkan kepada semua masyarakat tentang teknologi serta inovasi masyarakat Melayu yang tidak kurang hebatnya. Pada masa yang sama, ia merangsang serta mencungkil kreativiti dan reka cipta dari kosmologi Melayu dan watan. Selain itu, mengungkap reka Melayu dalam acuan sendiri dengan menduniakan Reka Melayu demi melestarikan jati diri.

Waktu Operasi

9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat) kecuali cuti umum.

Lokasi

Aras 1, Bangunan Kolej Genius Insan, USIM.

Maklumat lanjut, sila hubungi

Dr Ehwan Ngadi; (Pejabat Am : 06-7980101) | (Penyelaras : 06-7980136)

TOP