Ibnu Ummi Maktum Street
“ Selami dunia OKU dan kepentingan memberi ruang dan peluang beragama kepada komuniti OKU."
Ibnu Ummi Maktum Street
“ Selami dunia OKU dan kepentingan memberi ruang dan peluang beragama kepada komuniti OKU."
Ibnu Ummi Maktum Street atau dalam bahasa Arabnya Riwaq Ibn Ummi Maktum telah dirasmikan pada 17April 2019 oleh Naib Canselor USIM ketika itu iaitu Prof. Dato’ Dr. Musa bin Ahmad. Ia merupakan sudut bangunan FPQS yang berfungsi sebagai pintu masuk dan ruang legar atau galeri bagi para pelajar dan pengunjung ke Makmal Quran Braille. Ruang ini menjadi tumpuan kerana keunikan Makmal Al-Quran Braille, menjadikannya sebagai sebahagian daripada destinasi utama para tetamu dan pengunjung USIM atau FPQS. Pelbagai sudut informasi, mini galeri, sudut konsultasi, ruang mentelaah, instrumen interaktif, paparan ilustrasi, infografik, sudut fotografi disediakan. UMMI Street ini adalah salah satu langkah untuk memberi pendedahan awal kepada warga kampus tentang dunia OKU dan kepentingan memberi ruang dan peluang beragama kepada komuniti OKU.
8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat) kecuali Sabtu dan Ahad.
Aras 2, Bangunan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM.
Puan Nur Amalina Azhar (+601121738424)